Ingatlah Orang Tersayang (artikel 17)

Posted: Agustus 6, 2010 in Uncategorized

Ingatlah Orang Tersayang, Berhati-Hatilah Di Jalan Raya
6Share

Terkesima Abang Nara membaca satu fakta tentang kemalangan jalan raya yang dikeluarkan oleh Malaysians Unite for Road Safety (MUFORS). Rupa-rupanya secara purata ada 17 orang mati akibat kemalangan yang berlaku di seluruh Malaysia. Bayangkanlah berapa banyak pulak kemalangan dan kematian yang bakal berlaku tak lama lagi apabila Hari Raya menjelma. Naik bulu roma memikirkannya.

mufors

Kadang-kadang tue kita sebenarnya dah memandu secara berhemah. Cuma pemandu-pemandu lain dan keadaan jalan raya yang terlalu teruk menyebabkan eksiden nie terjadi jugak. Rasanya semua orang tahu betapa stressnya memandu di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur. Bila otak dah stress, pemandu-pemandu di Malaysia nie tak dapat berfikir secara normal. Padahnya nanti, eksiden jugak yang terjadi.

mufors

Mengikut pengetahuan Abang Nara lah, selalunya mereka yang terlibat dengan kemalangan maut ini ialah pemandu-pemandu dan pembonceng-pembonceng motor. Diorang bukannya mat rempit tapi kalau dah traffic jam macam kat atas tue, confirmlah akan menyelit-nyelit dan mencelah-celah kan? Pernah satu hari Abang Nara on the way pergi office ternampak 3 kemalangan maut yang semuanya melibatkan pemandu motor. Bahayakan?

mufors

Di kesempatan ini (lagi-lagi menjelang Hari Raya), Abang Nara nak mengajak pelajar-pelajar universiti dan kolej untuk join satu pertandingan anjuran MUFORS. Pertandingan ini diberi nama MUFORS Road Reels. Caranya mudah sangat. Anda cuma perlu buat satu video pendek yang bertemakan “Attitudes on Roads – A Malaysian Journey”. Hadiah yang ditawarkan memang sangat lumayan:-
CATEGORY AWARDS PRIZE (INDIVIDUAL) PRIZE (UNI/COLLEGE)
Short Film Champion

First Runner-up

Second Runner-up
RM10,000

RM 8,000

RM 5,000
RM3,000

RM2,000

RM1,000
Public Service Announcement (PSA) / Mini-documentary Champion

First Runner-up

Second Runner-up
RM10,000

RM 8,000

RM 5,000
RM3,000

RM2,000

RM1,000
Animation short Champion First Runner-up

Second Runner-up
RM10,000

RM 8,000

RM 5,000
RM3,000

RM2,000

RM1,000

MUFORS adalah satu projek komuniti yang telah dicipta untuk memberi platform kepada semua pemandu Malaysia untuk menyuarakan pendapat mereka tentang keselamatan jalan raya. Matlamat MUFORS yang paling utama ialah untuk mengajak kesemua rakyat Malaysia berfikir tentang cara-cara untuk menjadikan jalan raya satu tempat yang lebih selamat buat semua orang.

Sebab itulah diwujudkan pertandingan MUFORS Road Reels ini. Tarikh tutup pertandingan ini ialah 30 Oktober 2010. Jadi anda-anda yang mahu join ada lebih kurang 2 bulan untuk mencipta satu filem pendek yang mantap. Kalau dapat nombor 1 boleh dapat RM10,000 tue beb!!!

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s